}

Manik



Manik oh manik..huhu manik pun naik harga.... sebelum bulan puasa suriey beli manik untuk tempahan ...beli stok banyak juga..selalu suriey beli manik dekat kedai yang paling rendah la dekat umah suriey..semalam stok manik suriey habis so pergi la beli..terkejut juga la sebab harga manik sudah naik...suriey selalu beli manik yang berkualaiti dari jepun memang harga dia mahal sikit dari harga manik lain..tapi kali ni manik yang mahal nie pun naik harga..dah la mahal naik pulak harga..nak buat macam mana terpaksa la juga beli sebab tempahan baju banyak lagi belum siap...huhu. sapa nak jawap kalau jahitan manik pun naik harga?

Buka posa diluar lagi






Kali nie suriey buka puasa di restoran samudera Hutan Kampung bersama rakan_rakan sekerja lagi...Menu tetap sama seperti dekat Tanjung Dawai tu..cuma tambah Ikan siakap 3 rasa....Sebenarnya kami semua berjawatan yang sama cuma berkerja dibahagian lain...Kiranya jauh_jauh jugak la Opis kami semua...tapi..kami semua tetap rapat dan selalu berhubung ...boleh dikata tiap_tiap hari la juga....bukan setakat berhubung dengan rakan sedaerah saja tapi satu negeri...nak tau kami kerja apa? huhu opsss rahsia la...nanti la suriey cerita...Ok cita balik pasal buka puasa nie...sebernanya kami rancang hanya sehari saja...selalu kalau kami nak buat majlis tertentu kami rancang dalam masa dua tiga hari gak la...huhu tak sangka jadi juga majlis kami nie...walaupun ramai yang tak dapat hadir alhamdulillah majlis nie meriah....seronok bila jumpa rakan_rakan sebab banyak isu semasa yang boleh dibincangkan..huhu ok suriey nak sambung kerja plak..

Majlis Tadarus Al- Quran di rumah ku




Hari nie mak suriey menganjurkan majlis Tadarus Al-Quran di rumah...So ramai la yang hadir dekat rumah suriey.. sesak juga rumah....tapi syukur semua dah berjalan lancar.


Hari nie aku rajin masak


huhu apa tu..tu la ikan siakap yang blom dimasak..hihi tanggal 31 ogos..kakak-kakak dari KL pulang so aku pun rajin la masak dekat depa....sebenarnya aku bukan malas...
tapi ari tu aku cuma sempat masak tiga jenis saja...Kuih ketayap (tau tak kuih apa tu? Tak tau tgk kat bawah kuih warna hijau)ikan siakap 3 rasa n ikan siakap stim....
best la betul buka dengan semua ahli keluarga..kami bukan selalu dapat berkumpul macam nie...tambah_tambah dengan karenah anak_anak menakan ..hihihi




H1N1



Pelajar sekolah aku pun pandai jaga kesihatan..Di Sekolah aku pelajar digalakkan memakai mask....

TIP mencegahnya:
* Menjarakkan (Social Distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dengan
individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan.
* Amalkan etika batuk yang baik.
* Jaga kebersihan diri.
* Kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air.
* Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah.
* Dapatkan rawatan jika berkomplikasi atau berisiko tinggi.
* Jika anda mempunyai simptom ringan dan tiada masalah kesihatan, rehat
di rumah dan hanya ke klinik atau hospital jika ada simptom yang teruk.
* Pakai penutup mulut dan hidung.

Buka Puasa Bersama Rakan_rakan sekerjaku




HUHUHU..dah lama tak update blog nie.... bukan apa, tak ada kesempatan nak update...
so kali nie semperna bulan Ramadhan yang mulia nie suriey nak cite la skit pasal majlis buka puasa ...Kali nie suriey buka puasa dengan kawan_kawan dekat Restoran Tanjung Dawai...Kami makan simple ja tp janji sedap dekat kedai tu....Kedai tu tepi laut ja..so sambil makan boleh menikmati permandangan dekat situ....

Tempat - tempat yang aku melawat 2009...

Kura-kura di Tanjung tokong Penang. Selepas penat memanjat tangga jumpa satu kolam kura-kura..ada banyak juga la kura-kura dekat situ tak terbilang hihi..
Ini permandangan dari atas Tanjung Tokong...Huhu apa macam..tapi suriey tak naik la atas menara tu...tinggi sangat penat la.....
Apa tu...itula ayat suriey masa jumpa binatang ini..suriey pun tak tahu apadia so sapa-sapa yang tahu bagi tau ler..hihi..masa tu tengah tunggu kawan dari turun dari air terjun Temurun Langkawi...Suriey hampir-hampir terpegang la..hiihihi unik kan ciptaan Tuhan
Penah tengok tak air terjun nie...cantikkan ini la air terjun Termurun Langkawi...Time datang sini la suriey jumpa binatang pelik dekat atas tu..
Ini adalah permandangan di waktu senja di Pantai Chenang... Cantik tau time tu rasa tenang saja duduk kat situ.........
Ini kawasan Alor Setar je..Time nie ada acara apa tah suriey dah lupa ler...
Ini permandangan dari apartment yang suriey tumpang dekat Genting...
Ini dalam cable car...masa nak naik Genting highland..........
Sama aja....ini semua orang tahu kat mana Genting la juga...
Alaaa. ini kolam ikan kat bawah tu...hihihi abis tak da kerja la ambik pic ikan nie...sebernanya banyak lg pic dekat Genting nie..tapi sebab2 tertentu tak leh la na publish hihi...
Pantai chenang juga...time senja matahari turun...sebenarnya suriey kerja dekat Langkawi dulu..setahun kerja dekat sana..tapi sekarang dah tukar la...ermm time petang- petang Suriey suka lepak dekat pantai dengan kawan-kawan...bagi hilang penat berkerja...Rasa tenang saja bila tengok pantai hilang semua masalah...
Batu Feringgi Penang....Banyak lagi la tempat yang dilawati tak sempat nak post..kalau ada masa nanti suriey post la ...

Makan La Selagi Boleh Makan




Aku memang suka makan...Boleh dikatakan tu dah jd satu hobi la sebab tu la badan aku nie..hem hem...GEMUK hahhahaa

My Blog List

Powered by Blogger.

About Me ????

gambar-gambar hasil karyaku

Followers

Related Posts with Thumbnails

Cari la apa pun