}

Selamat Hari Lahir Sayang ..


Esok hari lahir awak ... Selamat hari lahir sayang. Ini kali pertama saya ucapkan kepada awak. Sebelum nie saya tak pernah ucap dekat awak sebab saya rasa awak tak penting dalam hidup saya.Saya tahu awak sedih tapi saya buat tak tahu saja. Bodohnya saya saat-saat itu ..
Awak sepanjang perkenalan kita saya tak pernah hargai awak. Saya selalu sia-siakan awak. Awak cakap awak rindu saya tapi saya buat tak endah saja. Awak kata nak jumpa saya tapi saya selalu bagi alasan sibuk dengan kerja. Bila tiba masa hari lahir awak saya sengaja buat-buat lupa. Saya pon tak tahu kenapa saya buat macam tu dekat awak. Saya selalu tipu awak dan permainkan awak. Saya selalu pergunakan awak untuk kesenangan diri saya sendiri sebab saya rasa awak sayang saya dan takkan tinggalkan saya.
Pada satu hari saya saya kemalangan semasa berkerja.Doktor menyatakan mata saya buta. Masa saya dirawat di hospital awaklah yang selalu menjaga saya siang dan malam. Awak tak penah merungut walaupun saya selalu tengking-tengking awak. Doktor kata mata saya boleh pulih jika ada pendermanya. Minggu depan saya akan menjalani pembedahan. Awak cakap dekat saya awak tak boleh ada semasa pembedahan tu. Saya cakap saya tak kisah . Selepas saja pembedahan itu saya dah boleh melihat semula . Semua ahli keluarga saya disisi saya tapi awak tak ada. Keesokan harinya saya dibenarkan pulang. Semasa saya mengemas saya terjumpa satu sampul surat.

" Salam , Awak saya gembira awak sudah boleh membaca surat ini. Awak pasti gembirakan dapat melihat semula tapi sayang saya tak dapat melihat kegembiraan awak. Awak semasa awak baca surat ini saya sudah tak ada di sini. Untuk pengetahuan awak saya sudah lama menghidapai penyakit barah otak. Saya tak dapat hidup lama. Semasa menjaga awak saya dalam keadaan kesakitan cuma awak saja tak dapat melihatnya masa itu. Saya mengambil keputusan untuk menderma mata saya kepada awak. Saya nak orang yang saya sayang dan cintai gembira. Saya nak awak bahagia dan saya tak sanggup tengok awak derita. Awak selama ni saya sabar dengan awak sebab saya dah tak da sapa dalam hidup saya . Cuma awak saja dalam hidup saya. Saya terlalu sayang awak dan mencintai awak. Awak saya mungkin akan pergi jauh dan saya takkan mengangu hidup awak lagi.Sebelum saya pergi saya dah maafkan semua kesilapan awak terhadap diri saya. Mulai saat ini awak bebas. Semoga awak bahagia. Maafkan saya jika selama ini saya mengangu hidup awak."

Awak apa awak buat nie, kenapa awak sanggup menderma mata awak kepada saya, insan yang tak pernah nak menghargai awak . Saya tak pernah tahu awak sakit selama ini, kenapa awak tak bagi tahu saya, kenapa awak tanggung penderitaan seorang diri. Saya minta maaf awak. Macam mana saya nak tebus kesilapan saya. Saya menyesal awak dengan tindakan saya selama ini . Saya tak pernah nampak kebaikkan dalam diri awak . Sekarang baru saya tahu awaklah insan yang paling mulia di hati saya. Awak maafkan saya sekali lagi.
Hanya Al- Fatihan dan Surah Yassin saja dapat saya hadiahkan kepada awak . Saya takkan lupa untuk membacanya setiap hari lahir awak . Sekarang baru saya rasa kehilangan awak. Awak dah tinggalkan saya dengan mata awak ini. Awak maafkan saya sekali lagi....

My Blog List

Powered by Blogger.

About Me ????

gambar-gambar hasil karyaku

Followers

Related Posts with Thumbnails

Cari la apa pun