}

Manik



Manik oh manik..huhu manik pun naik harga.... sebelum bulan puasa suriey beli manik untuk tempahan ...beli stok banyak juga..selalu suriey beli manik dekat kedai yang paling rendah la dekat umah suriey..semalam stok manik suriey habis so pergi la beli..terkejut juga la sebab harga manik sudah naik...suriey selalu beli manik yang berkualaiti dari jepun memang harga dia mahal sikit dari harga manik lain..tapi kali ni manik yang mahal nie pun naik harga..dah la mahal naik pulak harga..nak buat macam mana terpaksa la juga beli sebab tempahan baju banyak lagi belum siap...huhu. sapa nak jawap kalau jahitan manik pun naik harga?

Buka posa diluar lagi






Kali nie suriey buka puasa di restoran samudera Hutan Kampung bersama rakan_rakan sekerja lagi...Menu tetap sama seperti dekat Tanjung Dawai tu..cuma tambah Ikan siakap 3 rasa....Sebenarnya kami semua berjawatan yang sama cuma berkerja dibahagian lain...Kiranya jauh_jauh jugak la Opis kami semua...tapi..kami semua tetap rapat dan selalu berhubung ...boleh dikata tiap_tiap hari la juga....bukan setakat berhubung dengan rakan sedaerah saja tapi satu negeri...nak tau kami kerja apa? huhu opsss rahsia la...nanti la suriey cerita...Ok cita balik pasal buka puasa nie...sebernanya kami rancang hanya sehari saja...selalu kalau kami nak buat majlis tertentu kami rancang dalam masa dua tiga hari gak la...huhu tak sangka jadi juga majlis kami nie...walaupun ramai yang tak dapat hadir alhamdulillah majlis nie meriah....seronok bila jumpa rakan_rakan sebab banyak isu semasa yang boleh dibincangkan..huhu ok suriey nak sambung kerja plak..

Majlis Tadarus Al- Quran di rumah ku




Hari nie mak suriey menganjurkan majlis Tadarus Al-Quran di rumah...So ramai la yang hadir dekat rumah suriey.. sesak juga rumah....tapi syukur semua dah berjalan lancar.


Hari nie aku rajin masak


huhu apa tu..tu la ikan siakap yang blom dimasak..hihi tanggal 31 ogos..kakak-kakak dari KL pulang so aku pun rajin la masak dekat depa....sebenarnya aku bukan malas...
tapi ari tu aku cuma sempat masak tiga jenis saja...Kuih ketayap (tau tak kuih apa tu? Tak tau tgk kat bawah kuih warna hijau)ikan siakap 3 rasa n ikan siakap stim....
best la betul buka dengan semua ahli keluarga..kami bukan selalu dapat berkumpul macam nie...tambah_tambah dengan karenah anak_anak menakan ..hihihi




H1N1



Pelajar sekolah aku pun pandai jaga kesihatan..Di Sekolah aku pelajar digalakkan memakai mask....

TIP mencegahnya:
* Menjarakkan (Social Distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dengan
individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan.
* Amalkan etika batuk yang baik.
* Jaga kebersihan diri.
* Kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air.
* Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah.
* Dapatkan rawatan jika berkomplikasi atau berisiko tinggi.
* Jika anda mempunyai simptom ringan dan tiada masalah kesihatan, rehat
di rumah dan hanya ke klinik atau hospital jika ada simptom yang teruk.
* Pakai penutup mulut dan hidung.

Buka Puasa Bersama Rakan_rakan sekerjaku




HUHUHU..dah lama tak update blog nie.... bukan apa, tak ada kesempatan nak update...
so kali nie semperna bulan Ramadhan yang mulia nie suriey nak cite la skit pasal majlis buka puasa ...Kali nie suriey buka puasa dengan kawan_kawan dekat Restoran Tanjung Dawai...Kami makan simple ja tp janji sedap dekat kedai tu....Kedai tu tepi laut ja..so sambil makan boleh menikmati permandangan dekat situ....

My Blog List

Powered by Blogger.

About Me ????

gambar-gambar hasil karyaku

Followers

Related Posts with Thumbnails

Cari la apa pun