Dugaan dan Ujian dari Mu

Kehidupan kita adalah sebuah perjuangan dalam pelbagai dugaan dan cabaran serta ujian dari Allah. Sesungguhnya segala cabaran dan ujian adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan seseorang hamba.

Allah tidak akan  menguji hambanya jika hamba tidak mampu menghadapinya.. Kadangkala apabila kita diuji, kita rasa cukup kuat dan kental menghadapinya, namum ada masanya kita rasa lemah dan rebah dalam perjuangan meniti kehidupan . Kadang kala kita tidak dapat mengelak untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan kita. Pelbagai tekanan dalam kehidupan kita menyebabkan kita hilang semangat untuk teruskan perjuagan kehidupan kita . Betapa lemah dan kerdilnya kita menghadapi dugaan dari Allah .

Kenapa kita diuji ? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kenapa berlaku kepada kita ? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa kebahagian tidak pernah datang kehidupan aku ? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Kepada siapa harus kita memohon pertolongan ? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Hanya kepada Allah saja kita harus berharap "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Jika Allah tidak memberi dugaan ini sudah tentu aku masih lupa dan alpa dengan keindahan yang sementara di dunia ini dan jika ini tidak terjadi sudah tentu aku masih bergelombang dengan dosa yang ku lalui dulu ......









 

Selamat Hari Lahir Sayang ..


Esok hari lahir awak ... Selamat hari lahir sayang. Ini kali pertama saya ucapkan kepada awak. Sebelum nie saya tak pernah ucap dekat awak sebab saya rasa awak tak penting dalam hidup saya.Saya tahu awak sedih tapi saya buat tak tahu saja. Bodohnya saya saat-saat itu ..
Awak sepanjang perkenalan kita saya tak pernah hargai awak. Saya selalu sia-siakan awak. Awak cakap awak rindu saya tapi saya buat tak endah saja. Awak kata nak jumpa saya tapi saya selalu bagi alasan sibuk dengan kerja. Bila tiba masa hari lahir awak saya sengaja buat-buat lupa. Saya pon tak tahu kenapa saya buat macam tu dekat awak. Saya selalu tipu awak dan permainkan awak. Saya selalu pergunakan awak untuk kesenangan diri saya sendiri sebab saya rasa awak sayang saya dan takkan tinggalkan saya.
Pada satu hari saya saya kemalangan semasa berkerja.Doktor menyatakan mata saya buta. Masa saya dirawat di hospital awaklah yang selalu menjaga saya siang dan malam. Awak tak penah merungut walaupun saya selalu tengking-tengking awak. Doktor kata mata saya boleh pulih jika ada pendermanya. Minggu depan saya akan menjalani pembedahan. Awak cakap dekat saya awak tak boleh ada semasa pembedahan tu. Saya cakap saya tak kisah . Selepas saja pembedahan itu saya dah boleh melihat semula . Semua ahli keluarga saya disisi saya tapi awak tak ada. Keesokan harinya saya dibenarkan pulang. Semasa saya mengemas saya terjumpa satu sampul surat.

" Salam , Awak saya gembira awak sudah boleh membaca surat ini. Awak pasti gembirakan dapat melihat semula tapi sayang saya tak dapat melihat kegembiraan awak. Awak semasa awak baca surat ini saya sudah tak ada di sini. Untuk pengetahuan awak saya sudah lama menghidapai penyakit barah otak. Saya tak dapat hidup lama. Semasa menjaga awak saya dalam keadaan kesakitan cuma awak saja tak dapat melihatnya masa itu. Saya mengambil keputusan untuk menderma mata saya kepada awak. Saya nak orang yang saya sayang dan cintai gembira. Saya nak awak bahagia dan saya tak sanggup tengok awak derita. Awak selama ni saya sabar dengan awak sebab saya dah tak da sapa dalam hidup saya . Cuma awak saja dalam hidup saya. Saya terlalu sayang awak dan mencintai awak. Awak saya mungkin akan pergi jauh dan saya takkan mengangu hidup awak lagi.Sebelum saya pergi saya dah maafkan semua kesilapan awak terhadap diri saya. Mulai saat ini awak bebas. Semoga awak bahagia. Maafkan saya jika selama ini saya mengangu hidup awak."

Awak apa awak buat nie, kenapa awak sanggup menderma mata awak kepada saya, insan yang tak pernah nak menghargai awak . Saya tak pernah tahu awak sakit selama ini, kenapa awak tak bagi tahu saya, kenapa awak tanggung penderitaan seorang diri. Saya minta maaf awak. Macam mana saya nak tebus kesilapan saya. Saya menyesal awak dengan tindakan saya selama ini . Saya tak pernah nampak kebaikkan dalam diri awak . Sekarang baru saya tahu awaklah insan yang paling mulia di hati saya. Awak maafkan saya sekali lagi.
Hanya Al- Fatihan dan Surah Yassin saja dapat saya hadiahkan kepada awak . Saya takkan lupa untuk membacanya setiap hari lahir awak . Sekarang baru saya rasa kehilangan awak. Awak dah tinggalkan saya dengan mata awak ini. Awak maafkan saya sekali lagi....

knapa tak perlu coulpe?


1) anda perlu berbual , berkenalan dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa rasa bersalah....



2) wang perbelanjaan yang selama ini banyak dibazirkan untuk membeli top-up,hadiah,kad ucapan.....

dapat dijimatkan,,malah separuh dari nilai wang anda boleh simpan



3) apa sahaja aktiviti yang anda rancangkan bersama teman-teman baik anda selama ini tidak lagi tergendala dan secara tidak langsung pershabatan anda yang dulu renggang dapat dieratkan semula...



4) anda tidak perlu lagi berkompromi dengan perkara yang remeh-temeh dan mengusutkan fikiran



5) bergayalah seperti mana yang anda mahukan kerana tiada orang yang akan menghalang...



6) bebas!bebas!bebas! dan sentiasa bebas...



tapi ingat,,tak selamanya anda akan bebas...suatu hari nanti anda akan dimiliki!!!!sebelum itu kita enjoy dulu.......haha

baby 2010


NUR QISTINA SHAFIZAN


MUHAMMAD ALI MADEENATUL ILM


MUHAMMAD GHAZI FIRAZ

Engagement Ceremony Shida & Carlosz















Pertunangan Hazirah & Ridzuan






Lambat atau tiada jodoh


Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.

Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.

2. Mengamalkan ilmu sesat dari "ustaz" atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.

3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya "aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku". Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.

4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.

5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti "aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua". Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.

6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata "biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati" akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)

7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.

8.Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.



Copy from : http://emjayjb.multiply.com/journal/item/46

Selamat Menyambut Tahun Baru

Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

My Blog List

Powered by Blogger.

About Me ????

gambar-gambar hasil karyaku

Followers

Related Posts with Thumbnails

Cari la apa pun

Loading...