}
Showing posts with label cerita ini tiada kena mengena dgn yg hidup atau mati. Show all posts
Showing posts with label cerita ini tiada kena mengena dgn yg hidup atau mati. Show all posts

Selamat Hari Lahir Sayang ..


Esok hari lahir awak ... Selamat hari lahir sayang. Ini kali pertama saya ucapkan kepada awak. Sebelum nie saya tak pernah ucap dekat awak sebab saya rasa awak tak penting dalam hidup saya.Saya tahu awak sedih tapi saya buat tak tahu saja. Bodohnya saya saat-saat itu ..
Awak sepanjang perkenalan kita saya tak pernah hargai awak. Saya selalu sia-siakan awak. Awak cakap awak rindu saya tapi saya buat tak endah saja. Awak kata nak jumpa saya tapi saya selalu bagi alasan sibuk dengan kerja. Bila tiba masa hari lahir awak saya sengaja buat-buat lupa. Saya pon tak tahu kenapa saya buat macam tu dekat awak. Saya selalu tipu awak dan permainkan awak. Saya selalu pergunakan awak untuk kesenangan diri saya sendiri sebab saya rasa awak sayang saya dan takkan tinggalkan saya.
Pada satu hari saya saya kemalangan semasa berkerja.Doktor menyatakan mata saya buta. Masa saya dirawat di hospital awaklah yang selalu menjaga saya siang dan malam. Awak tak penah merungut walaupun saya selalu tengking-tengking awak. Doktor kata mata saya boleh pulih jika ada pendermanya. Minggu depan saya akan menjalani pembedahan. Awak cakap dekat saya awak tak boleh ada semasa pembedahan tu. Saya cakap saya tak kisah . Selepas saja pembedahan itu saya dah boleh melihat semula . Semua ahli keluarga saya disisi saya tapi awak tak ada. Keesokan harinya saya dibenarkan pulang. Semasa saya mengemas saya terjumpa satu sampul surat.

" Salam , Awak saya gembira awak sudah boleh membaca surat ini. Awak pasti gembirakan dapat melihat semula tapi sayang saya tak dapat melihat kegembiraan awak. Awak semasa awak baca surat ini saya sudah tak ada di sini. Untuk pengetahuan awak saya sudah lama menghidapai penyakit barah otak. Saya tak dapat hidup lama. Semasa menjaga awak saya dalam keadaan kesakitan cuma awak saja tak dapat melihatnya masa itu. Saya mengambil keputusan untuk menderma mata saya kepada awak. Saya nak orang yang saya sayang dan cintai gembira. Saya nak awak bahagia dan saya tak sanggup tengok awak derita. Awak selama ni saya sabar dengan awak sebab saya dah tak da sapa dalam hidup saya . Cuma awak saja dalam hidup saya. Saya terlalu sayang awak dan mencintai awak. Awak saya mungkin akan pergi jauh dan saya takkan mengangu hidup awak lagi.Sebelum saya pergi saya dah maafkan semua kesilapan awak terhadap diri saya. Mulai saat ini awak bebas. Semoga awak bahagia. Maafkan saya jika selama ini saya mengangu hidup awak."

Awak apa awak buat nie, kenapa awak sanggup menderma mata awak kepada saya, insan yang tak pernah nak menghargai awak . Saya tak pernah tahu awak sakit selama ini, kenapa awak tak bagi tahu saya, kenapa awak tanggung penderitaan seorang diri. Saya minta maaf awak. Macam mana saya nak tebus kesilapan saya. Saya menyesal awak dengan tindakan saya selama ini . Saya tak pernah nampak kebaikkan dalam diri awak . Sekarang baru saya tahu awaklah insan yang paling mulia di hati saya. Awak maafkan saya sekali lagi.
Hanya Al- Fatihan dan Surah Yassin saja dapat saya hadiahkan kepada awak . Saya takkan lupa untuk membacanya setiap hari lahir awak . Sekarang baru saya rasa kehilangan awak. Awak dah tinggalkan saya dengan mata awak ini. Awak maafkan saya sekali lagi....

Kehilangan




"dia sayang owg tak? " tanya dia pada aku . sambil bawa kereta aku diam saja ..Dia bertanya lagi pada aku "selama kita berjauhan ni dia selalu ingat kan owg tak ? " aku diam lagi
walau aku diam dia masih tanya lagi " Selama nie dia cintakan owg tak ? " Arhhh aku tak tau nak jawap apa dekat dia . Lepas tu dia bersuara lagi .." sudah la hantar owg balik..
Aku dengan tak fikir apa terus hantar dia balik.. aku Buntu sebenarya dengan apa perasaan aku terhadap dia.. Itu lah detik tErakhir aku dgn dia Selamanya .....
Aku dengan dia dah lama bersama .. dari sekolah sampai la sekarang masing sudah ada kerjaya.. Tapi sampai sekarang aku masih keliru dengan perasaan aku terhadap dia..
Aku tau dia sayang aku.. Sebab perkataan sayang dari bibirnya tak penah lekang kepada aku..
Selepas peristiwa malam tu dia tak penah hubungi aku dah.. Dulu setiap hari dia call aku.. kadang - kadang dia mesej aku.. cuma aku saja tak penah call atau mesej dia kejam sungguh aku..
Aku akan hubungi dia bila aku rasa perlu pertolongan dia atau aku rasa bosan dan sunyi.. aku pon tak paham hubungan aku dengan dia.. kawan ? sahabat ? atau pasangan kekasih ? Pada hal bertahun - tahun kami bersama
Dia tahu aku ada GF lain tapi dia buat tak kisah saja..cuma malam tu saja dia tanya soalan-soalan seperti itu ..dan tu lah terakhir aku jumpa dia.
Sudah setahun peristiwa malam itu berakhir.. Pada satu malam aku rasa sunyi sangat ..aku rasa macam nak call saja dia..tapi aku rasa malu .. Aku buka Fb dia .. tapi Fb dia dah lama tak update blog dia pun sama ..dekat 3 bulan..
Aku pulang ke kampung .. aku sengaja lalu depan rumah dia .. Aku hanya dapat lihat rumah saja.. sunyi saja rumah dia .. Hati aku rasa berbuak-buak nak tahu pasal dirinya.. kemana dia pergi..
secara kebetulan aku ke kedai dan terjumpa dengan adik dia.. aku tanya adik dia .. Tapi adik dia diam saja.. Aku tanya lagi .. adik dia jawap dia sudah tak ada.. sudah 3 bulan dia pergi buat selama-lamaya kerana sakit kanser. kenapa selama ini dia sembunyi hal ini dari aku..
Masa tu baru aku tahu apa itu erti kehilangan .. Ya Allah kenapa la baru aku sedar aku kehilangan dia.. Sekarang baru aku sedar sapa dia pada aku.. kenapa dulu aku tak penah nak hargainya semasa dia disisi aku. Baru aku faham bahawa dialah kwan dialah sahabat dan
dialah kekasih bagi aku... Keikhlasan hatinya selama ni aku permainkan.. aku pergunakan dia sebab aku tahu dia sentisa sayang aku walau macam-macam aku buat dekat dia..Dia pernah bagi tahu aku bahawa aku lah cinta pertama dia dan terakhir.
Dia tetap sayang aku walau aku ada orang lain .. Dia tetap tunggu aku ..tapi kenapa dia tinggal kan aku ...Kini kau sudah pergi gelap lah kehidupan aku.. tanpa kawan tanpa sahabat dan tanpa kekasih dari kau yang bernama CINTA. Nur Cinta ayu ..
Skarang aku hanya menangis dipusara mu.. maafkan aku cinta kerana tak menghagai diri mu selama ini..

Kesepian ..


Dikala hati kesepian terasa kekosongan dijiwa.. Tiada kata-kata yang hendak diucapakan...

19 JUNE 2010


Setiap pertanyaan dihati ini telah terjawap dengan sekali gus.... Kedua-duanya terjawap dengan serentak dan seperti dua kali sembilu menusuk hati....

* kamu ~ Kuharapkan kamu ... ternyata aku silap kamu bukan kamu ... tapi aku tak penah menyesali kerana hati ini mmg tak penah ada kamu... cuma selama ini ku harapkan kamu merubah segalanya.... Thanks atas apa yang kau berikan pada ku...

* dia ~ Kenapa dia muncul dalam hidup aku secara tiba2? N aku dah tau sekadar sandaran dia dikala hati dia tgh sepi....dan sekarang dia pergi bila sudah jumpa penganti... dari dulu sampai sekarank dia sama ja... puas dgn apa yang dia buat dekat aku...10 tahun mengenali dia... Aku ingat dia dah berubah... ternyata dia sama saja... aku benci dia....aku menyesal terima dia kembali dalam hidup aku...Aku menyesal kerana selama nie aku dah buang dia jauh2 dalam hidup aku tapi kenapa aku bodo boleh terima dia balik.... aku benci diaaaaa...Satu penyesalan menerima dia kembali


~~~ Impian inginkan dari Ikhlasan dihati ~~~

weLCoMe To my BloG

AIII terima kasih kerana sudi singgah ke blog Aku...Blog aku nie tak ada apa menarik pun..tapi setakat nak singgah boleh la...huhu...enjoy la dalam nie...

My Blog List

Powered by Blogger.

About Me ????

gambar-gambar hasil karyaku

Followers

Related Posts with Thumbnails

Cari la apa pun