}
Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts

Dugaan dan Ujian dari Mu

Kehidupan kita adalah sebuah perjuangan dalam pelbagai dugaan dan cabaran serta ujian dari Allah. Sesungguhnya segala cabaran dan ujian adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan seseorang hamba.

Allah tidak akan  menguji hambanya jika hamba tidak mampu menghadapinya.. Kadangkala apabila kita diuji, kita rasa cukup kuat dan kental menghadapinya, namum ada masanya kita rasa lemah dan rebah dalam perjuangan meniti kehidupan . Kadang kala kita tidak dapat mengelak untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan kita. Pelbagai tekanan dalam kehidupan kita menyebabkan kita hilang semangat untuk teruskan perjuagan kehidupan kita . Betapa lemah dan kerdilnya kita menghadapi dugaan dari Allah .

Kenapa kita diuji ? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kenapa berlaku kepada kita ? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa kebahagian tidak pernah datang kehidupan aku ? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Kepada siapa harus kita memohon pertolongan ? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Hanya kepada Allah saja kita harus berharap "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Jika Allah tidak memberi dugaan ini sudah tentu aku masih lupa dan alpa dengan keindahan yang sementara di dunia ini dan jika ini tidak terjadi sudah tentu aku masih bergelombang dengan dosa yang ku lalui dulu ......









 

dia cinta kamu???


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

‎30 Perkara Perempuan yang Lelaki tidak tahu.....


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

My emosi


Mengantuk sangat hari nie.. may B sebab hari ke 14 puasa... opss gambar hari ke 14 puasa belom Upload... tunggu satg malam upload...

dream ..

my emosi

Marah Dan Sayang

GERAM





BENCI NYA DEKAT DIA ..................

CINTA ????

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di
sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana
kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu
BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu
senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu
KEMURAHAN HATI.

Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak
terfahami … menarikmu mendekati dan tetap
bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun
saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.




copy by :http://amrine.blog.friendster.com/2009/03/maksud-cinta-sbenar/

Lalalalalalala













biarla hidup ini ibarat pari - pari akan sentiasa menunaikan impian orang lain
walaupun hidup sendiri hancur.

dunia ini hanya untuk sementara yang kekal hanyalah akhirat kelak
kita patut menerima apa yang telah ditetapkan ilahi kerana Dia amat mnyanyangi hamba2 NYA.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Olehitu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Lirik Lagu Salahkah Aku Terlalu Mencintaimu-Ratu

Ku tatap dua bola matamu
Tersirat apa yang ‘kan terjadi
Kau ingin pergi dariku
Meninggalkan semua kenangan
Menutup lembaran cerita
Oh sayangku, aku tak mau

Ku tahu semua akan berakhir
Tapi ku tak rela lepaskanmu
Kau tanya mengapa aku tak ingin pergi darimu
Dan mulutku diam membisu

Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu
Jangan tanyakan mengapa karena aku tak tahu
Aku pun tak ingin bila kau pergi tinggalkan aku
Masihkah ada hasratmu ‘tuk mencintaiku lagi

Apa yang harus aku lakukan
Tuk menarik perhatianmu lagi
Walau pun harus mengiba
Agar kau tetap di sini
Lihat aku duhai sayangku

BiCara TenTAnG HaTi













~Kebahagiaan seseorang tidak semestinya memiliki segala
yang terbaik.
~Kebahagiaan terletak kepada mereka yang
menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang
telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.
~Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

~Jangan simpan kata-kata cinta pada seorang yang tersayang sehingga dia
telah pergi lantaran akhirnya terpaksa catatkan kata-kata
cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang
tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

~Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah membuatkan seseorang
menyintai diri kita sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya
demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kita hanya sekadar menuturkan
kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-
kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kita sampai bila-
bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat
memedihkan...

~Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa
dia sebelumnya.
~Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kita
benar-benar mencintainya setulus hati.
~Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh
hati,sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena
perginya tanpa berkata lagi.
~Pekara yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang begitu
bereti dan pertemuan itu berakhir dan menjadi tidak bererti dan harus
membiarkan pergi.
~Biarlah dia pergi jika kita benar sayangkan dia..Biar kekasih kita bahagia..


~Usah mendambakan teman secantik balqis,andai dirimu tidak seindah sulaiman.
~Mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha.
~Tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak
sesempurna Rasulullah SAW..


~Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yang pernah kita rasai.
~Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan
tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

SATU
* Satu minit untuk jatuh hati
* Satu jam untuk menyukai seseorang
* Satu hari untuk menyintai seseorang
* Tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

~ Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia,
jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang
kekal hanyalah kecantikan hati seseorang...

~Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan
tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan
seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya
dengan sebenar.

~Mimpilah apa yang di inginkan, pergilah ke mana-mana yang di ingin
tujui dan jadilah apa yang di inginkan kerana hanya memiliki satu
kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin
lakukan.
~Semoga memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang
cukup untuk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup
untuk membuatkan kita bahagia..

~Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu saja.
~Karena ia akan sakit oleh karena
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia
masih hidup.
~Begitulah juga setelah kita memberi banyak pengharapan
kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kita menjaga
hatinya, janganlah sesekali kita meninggalkannya begitu saja…
~Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
~Janganlah kita mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya
andainya kita tidak ikhlas menyintainya..
~Cinta akan menyakitkan ketika kita berpisah dengan seseorang, lebih
menyakitkan apabila kita dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan
lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kita sayangi tidak tahu
apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

* Kepada kawan - kawan aku .....

Janganlah menangis bila kekasih hati telah pergi. Bukalah langkah pergi dan pandang kehadapan ubatilah hati kamu dengan kejayaan....Semoga dapat bertemu dengan seseorang betul ikhlas mencintaimu seadanya....


Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan
pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya
ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan

~Walau Hanya Seketika~




















*10 PEKARA TENTANG KAU*
~Kau buat hati aku terbuka kembali setelah sekian lama tertutup
~Kau buat aku gembira
~Kau buat aku bahagia
~Kau buat diriku disayangi semula
~Kau buat aku dilindungi
~Kenapa hanya seketika saja kau datang
~Kenapa kau memberi aku harapan
~Kenapa kau buat aku kecewa
~Kenapa kau guris kembali hati aku yang baru sembuh dari luka semalam
~Kenapa kau buat diri ku membenci kepada kaum mu

AKU BENCI KAMU...TP AKU CINTA KAMU


Lirik Lagu Faizal Tahir Bercinta:


Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu?..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu


ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci?. kamu?
aku cinta?.kamu?

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu?..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci

My Blog List

Powered by Blogger.

About Me ????

gambar-gambar hasil karyaku

Followers

Related Posts with Thumbnails

Cari la apa pun