Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir
wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya
itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita
seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang
menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya
dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini
biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin,
wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada
lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk
ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang
hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat.
Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang
yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah
dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia
dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan
untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.