}

CINTA ????

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di
sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana
kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu
BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu
senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu
KEMURAHAN HATI.

Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak
terfahami … menarikmu mendekati dan tetap
bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun
saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.




copy by :http://amrine.blog.friendster.com/2009/03/maksud-cinta-sbenar/

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Powered by Blogger.

About Me ????

gambar-gambar hasil karyaku

Followers

Related Posts with Thumbnails

Cari la apa pun